Tuesday 19 February 2013

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SMK Seri Ampang, Ipoh, Perak Darul Ridzuan dengan penuh amanah serta bertanggungjawab secara berterusan akan:

Memastikan semua pelajar mendapat layanan yang saksama dan pendidikan yang sempurna selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Mengamalkan dan menghayati pengurusan yang berkesan, peka serta responsif terhadap keperluan-keperluan pelanggan secara berterusan dengan:
1.  Memberi perkhidmatan kaunter secara ikhlas, mesra, cepat dan tepat
2.  Semua surat rasmi diambil tindakan dalam tempoh yang ditetapkan
3.  Sentiasa peka dan bersedia menerima cadangan yang konstruktif daripada semua pihak
4.  Sentaisa mengalu-alukan kehadiran ibu bapa atau penjaga pelajar ke sekolah untuk berbincang secara syura'.

Berusaha dengan penuh tekun, dedikasi dan berterusan untuk mencapai KECEMERLANGAN dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum, Sahsiah, Fizikal dan Pengurusan & Kepimpinan.

No comments:

Post a Comment